aku ni hr2 dok pk cam ner nk diet dgn lebih berkesan...aku ni plak dh la jenis hangat hangat taik ayam...first time buat memang excited giler ...pastu tuk second n seterusnya hampeh....bli fit n fold strider pun dh tersadai kt umah aku ni ha....nk sarapan pagi apa ek arini ?orng kata pengambilan sarapan pagi tu penting tuk diet yg seimbang....diet diet gak tapi sarapan pagi memang wajib di jamah....
Jadi, apakah hidangan yang sesuai untuk dijadikan sarapan pagi? Cuba semak tip berikut, selain daripada enak, ia juga menyihatkan dan mudah untuk disediakan. Cubalah!ni aku dapat dr gua.com.my
1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dua minggu.
4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.
5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.
6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.
memang nak kurus tapi malas diet, boleh??
ReplyDeleteboleh....tapi kompem tak kn kurus sampai ble2 kalu maleh ni....uhukkkkuhuuukkkuhukkk..
ReplyDelete