moneymoneymoney

buah hati ibu

buah hati ibu

Si Comel

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Wednesday, December 23, 2009

Curious kids need to be tough inside


jom kita pakat ramai-ramai masuk contest ni..menang kalah adat pertandingan yang penting berani mencuba....klik jer sini kalu nak tahu lebih lanjut.aku pun masuk mana nak tau rezeki.....

"Curious kids need to be tough inside" atau "bagaimana untuk meningkatkan daya tahan (immune system)kanak-kanak"


TASNIM UMAIRAH anak pramatang yang aku lahirkan pada tanggal 7 Julai 2006.Disebabkan itu aku memastikan penjagaan yang terbaik untuk meningkatkan daya tahan (immune system) anak aku bagi mengelakkan dia dari mudah diserang kuman dan pelbagai jenis penyakit.

Bermulanya dengan penyusuan susu ibu dapatlah aku memberi nutrisi yang sebaiknya untuk anak aku.Di sebabkan aku bekerja jadi aku perlu menyediakan susu sampingan untuk pemakanan anak aku.Pemilihan susu sampingan yang baik juga perlu dalam membantu daya ketahanan anak aku..


Pengambilan vaksin sedari kecil adalah bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit.Anak aku juga tidak terkecuali mendapat suntikan vaksin tersebut untuk meningkatkan imunisasi.

Seperti ibu-ibu diluar sana aku juga menitik beratkan pemakanan yang sihat.Pemakanan yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak aku.Jadi aku memastikan anak aku mengambil:
•Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.
•Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.
•Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan mineral.


Kekadang anak aku ni susah nak makan sayur,biasalakan budak-budak..jadi aku sediakan Makanan tambahan seperti vitamin untuk anak aku.Sekarang ni pulak bermacam-macam jenis vitamin yang terdapat dipasaran.Jadi pilihlah vitamin yang disarankan oleh doktor supaya kita tidak terbeli vitamin yang tidak sepatutnya dimakan oleh anak kita.


Penjagaan persekitaran yang bersih dapat membantu dari segi tumbesaran dan perkembangan otak dan juga daya tahan dalam dan luar badan anak aku.

amalan mencuci tangan adalah perkara asas yang aku titik beratkan dalam kehidupan aku sekeluarga.Jadi aku sentiasa memastikan aku,hubby dan anak aku membasuh tangan sebelum memegang apa2 jenis barang terutamanya makanan.


Pengambilan tidur yang cukup dapat mengelakkan anak daripada lemah dan meragam sepanjang hari...oleh itu aku pastikan anak aku sentiasa mendapat tidur yang cukup untuk mengelakkan dia dari berkeadaan seperti itu.


Dengan mengamalkan kesemua langkah-langkah diatas dapatlah anak aku meningkatkan daya tahan luar dan dalam dan menjalani kehidupan yang baik.Ini kerana dia tidak mudah dijangkiti dengan sebarang penyakit.


"Asas kesihatan, pendidikan dan asuhan kanak-kanak bermula daripada ibu bapa yang
berpengetahuan. Mulakan dunia anak-anak anda dengan kehidupan yang aktif dan sihat"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails