moneymoneymoney

buah hati ibu

buah hati ibu

Si Comel

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Thursday, December 31, 2009

World Of Tambun @ Sungai Kelah

Esok Start cuti...huhuhu..seronok betui bulan 12 ni ...asyik cuti 3 hari jer..huhuhu..aku dgn Hubby aku tak la plan apa2 tuk minggu ni...sebab ari Sabtu nak Ke 1 Utama..nufnang punya program...aku dapat jemputan..tu yg nak ke sana tu...Alih2 tadi dapat kol dari kakak aku kata ada tiket free world of Tambun kat ipoh nun..."FREE" menarik tu...ye la minggu lepas dah ke Melaka...maklum la kalu dah berjalan-jalan ni paham2 le duit kompem macam air...ni blom aku g daftar anak aku g tadika lagi ni...jadi bila dgr free ni seronok gak la nk g...huhuhu..tapi tetiba akak aku kol lek katanya...adik aku silap tengok tiket...cis...tapi tak pa la...esok tak yah le kemana-mana...tup2 akak aku kol lagi ajak g sungai kelah plak...ok gak...cadangan tu...kat sungkai...tak la jauh sgt aku rasa...hubby aku pun kata ok...ok jer la...so...esok jumpa parent aku kat Sungai Kelah......






with love

Wednesday, December 30, 2009

Sambung Cerita Melaka....









sambung citer Melaka...huh...ponat gak la berjalan...walau pun bukan satu melaka berjalan...huhuhu...ari jumaat tu g amik kak lin(kakak aku) kat LCCt dulu..
anak aku sempat amik gambor airoplane yg lalu atas kepala die...menjerit- jerit dengan pelat die sebut eropane..eropane...


muka2 tension dari Tasnim Umairah...menunggu Angah dier..

sampai LCCT awal koi 12.30...lama gak la tunggu..kak lin sampai koi 2 petang katanya...kena g awai sebab hubby aku nk g solat Jumaat dulu...aku ngn anak aku tunggu jer kat Lcct tu...sampai boring2 ler anak aku menunggu...macam2 aksi dia buat...aku ketawa sorang2 ler... Dalam 2.30 Kak lin sampai...trus bertolak ke Melaka..

Sampai Melaka koi4.30 ptg...Lepak kat Lake Gardern resort..macam tak menarik...tapi itu jer tempat yg ada,...blasah jer lah...relexs2 jap pas tu gerak ker Umbai..nak g makan seafood...member cakap baguih p anjung batu...seafood die pun segar jugak...dan murah lagi dari Umbai...tapi akak den nk makan kat Umbhai..ikot jer la...


ketam lada hitam,udang sambal,udang goreng planta,sayur kailan,ikan bakar...pergh...sodap eden makan...macam2 masuk dalam mulut ni ha....tapi satu jam tunggu nak makan...hampeh...ank aku dah makan nasi lemak 2 bungkus pastu dah tak nak makan lauk2 tu...kami bertiga la yg dok melantak...siap makan..g round dulu bandar Melaka...p jegok2 sok nk g jalan mana?...huh ponat...



pagi2 lepas sarapan trus kuar...g jalan2 bandar Melaka...1 hari berjalan...sakit gak kaki ni ha...naik beca pun sekejap jer...nak g makan cendol..kawan kaklin kata kat Jongkers walk tu best...p la tengok rupanya kawasan cina kat situ...macm ala2 petaling Street tu ha...tak jadi g makan cendol kat situ..patah balik ler jawabnyer..

Jalan punya jalan nampak signbord cendol Baba Nyonya ada logo halal ...apa lagi oder je la...memang sodap...huh...ilang dahaga jap...


1 hari kat Bandar Melaka...sampai tak sempat nk ke Pengkalan Balak...nak masuk Taman Mini pun tak sempat...dah tutup...sebab sampai ke Taman Mini tu koi 6 petang..Menara Taming Sari pun tak leh nak naik...dah fully Book...ceh...hampeh tul....tapi apapun Melaka memang salah satu destinasi percutian yang menarik...tak rugi la kesana...

with love

Friday, December 25, 2009

Melaka

Melaka? huhuhu esok aku nak ke Melaka...kakak dari Kedah katanya blom pernah sampai lagi ke Melaka...Jadi dia soh aku bawak le...time cuti ni le blei g jalan2..walaupun wang sakunya tak brapa banyak tapi jalan punya pasai ok jer....tau jer la kan nak masuk tahun baru ni...nak antar anak ke sekolah...yuran saja dekat RM1k.itu aku amik sekolah yg tak glamour tu...kalu yang glamor dipasaran lebih RM1k yurannyer...tak mampu la den...dah la bonus tak dapat lg...tak tau la dapat ka tak tahun ni...sume kengkawan tertunggu2...sian pulak...tapi nk buat cam ner bos tak umum lagi...tunggu jer la...lambat cepat sikit banyak aku tak kesah...yang penting aku dapat jer...kalu tak der tu maknanya tak dak rezeki la tu...huhuhu....

aku dok pk gak ni nak bawak kedestinasi mana ni? asalnya nk lepak kat Pengkalan balak...tapi kat area sana sume dah penuh...kakak aku search,search punya search dapat la lake garden resort kat air keroh melaka tu...belasah jelah ...janji ada tempat tinggal...kang kalu tak booking buat gamble jer adala yg tidoq dalam kete nanti ..kuikuikui...huh tidor dalam keta? tak dapat aku bayangkan...bersama-sama dengan anak tidoq dalam kete...balik Kl balik ler jawabnyer...

aku dah ngantok...nanti aku sambong lagi..ok kak lin jumpa esok no..............

Wednesday, December 23, 2009

Curious kids need to be tough inside


jom kita pakat ramai-ramai masuk contest ni..menang kalah adat pertandingan yang penting berani mencuba....klik jer sini kalu nak tahu lebih lanjut.aku pun masuk mana nak tau rezeki.....

"Curious kids need to be tough inside" atau "bagaimana untuk meningkatkan daya tahan (immune system)kanak-kanak"


TASNIM UMAIRAH anak pramatang yang aku lahirkan pada tanggal 7 Julai 2006.Disebabkan itu aku memastikan penjagaan yang terbaik untuk meningkatkan daya tahan (immune system) anak aku bagi mengelakkan dia dari mudah diserang kuman dan pelbagai jenis penyakit.

Bermulanya dengan penyusuan susu ibu dapatlah aku memberi nutrisi yang sebaiknya untuk anak aku.Di sebabkan aku bekerja jadi aku perlu menyediakan susu sampingan untuk pemakanan anak aku.Pemilihan susu sampingan yang baik juga perlu dalam membantu daya ketahanan anak aku..


Pengambilan vaksin sedari kecil adalah bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit.Anak aku juga tidak terkecuali mendapat suntikan vaksin tersebut untuk meningkatkan imunisasi.

Seperti ibu-ibu diluar sana aku juga menitik beratkan pemakanan yang sihat.Pemakanan yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak aku.Jadi aku memastikan anak aku mengambil:
•Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.
•Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.
•Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan mineral.


Kekadang anak aku ni susah nak makan sayur,biasalakan budak-budak..jadi aku sediakan Makanan tambahan seperti vitamin untuk anak aku.Sekarang ni pulak bermacam-macam jenis vitamin yang terdapat dipasaran.Jadi pilihlah vitamin yang disarankan oleh doktor supaya kita tidak terbeli vitamin yang tidak sepatutnya dimakan oleh anak kita.


Penjagaan persekitaran yang bersih dapat membantu dari segi tumbesaran dan perkembangan otak dan juga daya tahan dalam dan luar badan anak aku.

amalan mencuci tangan adalah perkara asas yang aku titik beratkan dalam kehidupan aku sekeluarga.Jadi aku sentiasa memastikan aku,hubby dan anak aku membasuh tangan sebelum memegang apa2 jenis barang terutamanya makanan.


Pengambilan tidur yang cukup dapat mengelakkan anak daripada lemah dan meragam sepanjang hari...oleh itu aku pastikan anak aku sentiasa mendapat tidur yang cukup untuk mengelakkan dia dari berkeadaan seperti itu.


Dengan mengamalkan kesemua langkah-langkah diatas dapatlah anak aku meningkatkan daya tahan luar dan dalam dan menjalani kehidupan yang baik.Ini kerana dia tidak mudah dijangkiti dengan sebarang penyakit.


"Asas kesihatan, pendidikan dan asuhan kanak-kanak bermula daripada ibu bapa yang
berpengetahuan. Mulakan dunia anak-anak anda dengan kehidupan yang aktif dan sihat"

Sunday, December 20, 2009

weekend oh weekend...

minggu ni cuti 3 hari...malam ni baru dapat nk jengok2 blog...anak den tdo awal...lega rasanya...kuikuikui...tak apa yg menarik pun cuti 3 hari ni.....sekadar biasa biasa saja...petang jumaat aritu hajat dihati nk g layan wayang myspy tu...tapi hubby ku melencong trus ke klang...katanya nk try g makan mee udang kt kedai kawan die di klang...lapo la tu....baru pas makan nasi pun lapo g...besor betul perot hubby aku ni..maka kami pun mencubanya...


tengok tasnim umairah sempat lagi buat muka kelako die tu....tak sabo menunggu mee udang...alhamdulillah...kompem sedap...kena la selera aku...

tiba hari sabtu,keje la jawabnye...kene g tengok org cat bilik bos...bos g holiday...jadi aku kena la jadi mandor jap..sampai koi lima tu...pastu trus gerak ke tupperware..jiran aku order barang tupperware...

pagi ahad g sarapan kedai mamak kt bukit rimau...sebab arini nak try g servey sekolah tuk tasnim umairah...tahun depan dia 4 tahun...mula tu aku memang tak pk nk antar g sekolah lg...tapi bila tengok gelagat tasnim umairah tu aku rasa dia patut di hantar kesekolah di awal usia dia...org kata melentur buluh biar dari rebungnya...ye la...siapa yg tak nak tengok ank sendiri berjayakn.....sempat la g singgah geneus aulad n krista...not bad...kat aulad tu tau la kan sume student melayu..kt krista plak majority cina...yg mana satu nk anto ni..aku dh mula pening...tak pa...yg penting servey dulu....dah penat servey...balik le umah...huh penat gak...relex jap pas tu mulakan operasi masak...



jemput makan...

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 buat sume yang beragama Islam. Esok cuti umum, Alhamdulillah.....cuti lagi... huhuhu Tapi jangan difikirkan sangat pasal cuti, fikir2lah sejenak tentang makna HIJRAH itu yang sebenar.
Ia adalah permulaan ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. jom hayati sabda dibawah ni....
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:(aku ambil dari blog SembangKomputer)

Dia akan berkata: Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya kepada orang lain dan untuk mendapat redhaMulah aku telah membaca Al-Quran. Allah SWT akan berfirman: Kamu bohong. Kamu pelajari ilmu supaya orang menggelarmu ‘alim’ dan membaca Quran supaya orang memanggilmu Qari. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam neraka Jahanam.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:

Pada hari kiamat nanti di antara orang yang paling pertama dibuat keputusan terhadapnya; Di antara mereka ialah seorang yang telah syahid. Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan menjawab: Aku telah berperang untuk mendapatkan redhaMu sehingga aku telah syahid. Allah SWT akan berfirman: Engkau berbohong. Engkau telah berjihad supaya orang menggelar kamu sebagai seorang yang berani dan yang demikian itu telah pun diperkatakan. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam nereka Jahanam.

Orang kedua ialah dia yang telah mempelajari ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan dia membaca Al-Quran. Dia dibawa di hadapan Allah SWT . Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan berkata: Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya kepada orang lain dan untuk mendapat redhaMulah aku telah membaca Al-Quran. Allah SWT akan berfirman: Kamu bohong. Kamu pelajari ilmu supaya orang menggelarmu ‘alim’ dan membaca Quran supaya orang memanggilmu Qari. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam neraka Jahanam.

Orang ketiga ialah orang kaya yang didunia dulu telah diberi kemewahan dan segala bentuk harta benda. Dia akan dibawa di hadapan Allah SWT . Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan menjawab: Apa saja saluran yang Engkau suka supaya dilakukan perbelanjaan padanya, semuanya telah aku belanjakan padanya harta-hartaku yang telah Engkau anugerahkan itu keranaMu. Allah SWT berfirman: Engkau bohong. Kamu telah berbelanja supaya digelar sebagai dermawan dan yang itu telah pun diperkatakan. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam neraka Jahanam. (Hadith Riwayat Muslim – quoted dalam Muntakhab Ahadith)

Hayatilah bait2 yg aku post kat atas tu...memang sangat bermakna...pelajaran yg berguna...semoga kita di jauhi dari perasaan riak...sehebat mana kita...ingatlah kehebatan dari DIA yg Maha sempurna....
Moh kiter kuatkan iman, tambahkan amalan, dan mantooopkan perjuangan menegakkan syiar Islam.ok..semoga tahun baru lebih sempurna dari tahun ni....
SALAM MAAL HIJRAH 1431

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3


Nak terbang? Sibuk dengan kerja seharian?jom cuba flymas.mobi
jimat,pantas dan mudah(JPM)…hanya dihujung jari anda….
Jimat-menjimatkan masa anda
Pantas-sepantas yg anda inginkan
Mudah-semudah 1,2,3

Canggihnya kemudahan MAS secanggih dunia sekarang...tanpa menggunakan kemudahan yang ini


anda boleh menempah tiket hanya dengan menggunakan ini

klik ajer http://flymas.mobi

maka setangkas yg anda inginkan..dapatlah anda menggunakan khidmat MAS dengan senang hati....hanya menggunakan hujung jari saja...dimana-mana saja anda berada...so apa tunggu lagi...war-warkan kepada semua....

Wednesday, December 16, 2009


yei...dah tiba waktu lunch ari ni...emmm malas nk g makan...dh makan koi sebelas td...bos plak dh kuar blehh la aku layan blog aku jap..dok search2 aku jumpe gambo tali leher...huhuhu menarik gitu...pada aku rr..lei gak la aku cuba buat nanti...aku tak pernah pun ikat tali leher ni...hubby aku buat sendiri jer...selalu tengok kt movie tu macam seronok jer ikat tali leher tuk hubby...hehehe...romantis gitu...tapi aku tak pernah cuba pun...maklum la..doludolu waktu sekolah,aku bukan pengawas...jadi aku ni terkecuali la daripada dapat mencuba memakai tali leher...
jadi kepada sesapa (termasuk aku)nk belajo cara2 mengikat tali leher bleh tengok gambo ni...

Monday, December 14, 2009

nasi ayam ala kadar




Nasi ayam...nasi ayam...sapa mau makan...hehehe nasi ayam alakadar namanyer...disebabkan sarapan pagi hanyalah dengan pau saja...jadi makan tengah hari pastinya yg berat2...kang bising plak hubby aku...jadi terpikir le aku nk masak nasi ayam...tapi ala kadar jer...bahan2 apa yg ader jer aku guna...tak der la yg special macam kt kedai tu...janji sedap tuk tekak anak n hubby aku ok jer....dengan daun sup tak der..daun salad tak der..cili merah tak der...aku belasah jer...alhamdulillah jadi pun...

Sunday, December 13, 2009

pau sedap



sarapan pagi ni dengan kuih pau saje...pau segera...kawan hubby aku punya...pau nur iman..aku pun tak tau depa meniaga sampai mana..kalu korang nk tau lebih lanjut kol la sendiri... 0166332216 n 0163804370(nur enterprise)saja nk promote...org melayu punya product...daripada makan pau yg namanya melambangkan islam(aku tak nak la sebut nama pau tu)tapi hakikatnya keluaran kilang cina...huh..korang cuba la pau ni..memang sedap..tolong la war2kan kat kengkawan lain...kepada yg dah tau...betulkan cakap aku..sedapkan...

jom layan wayang


huaarrrghhhh...letih sgt...cuti 3 hari pun masih rasa letih...huh...hari Jumaat bukan main lagi layan blog org....hari Sabtu tak sempat nk bukak blog pun...hubby cuti jgn harap nk bukak..huhu..dh la 3G KT UMAH AKU MACAM HAMPEH...bengang gler...nk bukak kejap pun payah...hari Sabtu ingat nk keje...keje kt opis melambak...hubby plk ajak g jemputan kawin kt selayang...tak jd masuk opis...aku g la makan kenduri...makanan not bad...sodap g tu...biasala org zaman sekarang kalu buat kenduri besar2 mesti makan dier pun sodap2...emmmm koyang perut aku...pgi tu plak aku dh la buat sarapan beehun goreng n nasi goreng...pergh ..kenyang ..memang kenyang...lari diet aku...huarrrgghhh

beehon goreng...yummyyummy

nasi goreng...

emmm..mana la tak penuh perot aku ni...nasi goreng tu tuk anak aku sebenonye...sebab beehon goreng tu pedas...kang dia tak nak makan plak...tapi tup2...cik tasnim umairah makan skit jer...hhuh...masuk jugak dalam perot aku akhirnya...biasalakan...nk buang syang...jd masukla dlm perut aku...

makan plak kt umah kenduri lagi la bertambah koyang...pastu lepak jap kt umah mertua kat Cheras...dah janji dgn Tasnim nk g layan cter katak tu..kami pun g la Midveley...perghh bukan main ramai lg org...biasala malam minggu kompem wayang penuh...tengok plak beratur panjang lagi la semangat nk layan tu makin pudar...pastu puk tasnim tengok esok hari ahad...dah dia merajuk...nk tengok jugak...kuar Midveley trus ke jj bukit tinggi...tengok kat screen dah full..tapi nk layan ank punya pasal...g tanya kaunter..ada kosong tapi kat depan sekali...huhuhudah cik Tasnim nk tengk sangat...depan pun depan lah...sakit gak la kepala den ni...yg penting dia happy..aku sempat gak la snap cter tu...marah hubby aku...aku sebenoynye nk amik vedio..tapi tersilap plak...tersnap...hampeh takut gak la...takut kena marah...maujuq org tak perasan...

gambo yg aku tersnap...

Friday, December 11, 2009


Alhamdulillah...hari ni hari Sultan Selangor...so aku cutiiiiiiiiiiii...best gler...hubby aku ada kos kt KL...jd aku jer la kena melayan ank kt umah sengsoang...tak per yg penti aku cuti...satu hari aku duduk mengadap laptop..dapat la aku jelajah blog2 yg lain...kalu ada hubby aku jgn harap ler aku dapat nikmati seperti arini...tasnim pun tak brapa nk kacau aku...aku bukak jer tv dia pun negok jer la...sesekali jer dia kacau...pagi2 lagi aku dah mengemas...siap jer kemas trus ler ngadap bende alah ni...khusuk punya khusuk mengadap tepat koi 2 petang tadi tasnim berbunyi.."ibu nak makan nasik " huhuhu...aku baru perasan...yg aku tak masak lagi...huhuhu...baguih betui ibu tasnim ni...pastu aku pun mula la memasak....masak yg simple2 jer...bg tasnim makan ...pas tu aku pun teruskn aktiviti aku la....ingat arini nk g kedai tupperware...skang ada sale...tapi sebab seronok sgt dapat update blog...langsung ku biarkan saja hasrat aku yg sebenar tuk arini...tak per sok bleh g lagi...aku pun tak tau ntah2 kedai tupperware tu pun tutup...maklumla...cuti...aku mengadap sampai hubby aku balek...huhuhu..mujuq la aku dah siap masak...cuma nk bancuh air jer...small matter...silap2 hubby aku minta air suam jer....huh lagi ler baguih...

tasnim dan akim


anak aku cukup suka kat akim...lagu akim pun dia dh bleh nyanyi skit2...huh anak2 zaman skang bukan main lagi...dh pandai kenai artis...setiap hari tak lekang lah mulut dia sebut nama akim...kalu dengar jer lagu akim trus tersipu-sipu malu...ehmm bukan main lagi...skang aku plak dh jumpa blog akim...lagi la dia seronok...bleh dengar lagu akim sambil tengok gambo akim...huhuhu..bukan main lagi.."tak...munkin kupersaya.."itulah ayat yg tasnim slalu nyanyi...dgn pelat dia...huhuapa yg menarik kt akim ni ek? aku pun tak pasti...yela setiap manusia ada kehebatan masing2...itu tak dinafikan...apa keistemewaan akim sampai ank aku minnat sgt kt dia..aku sendiri pun tak tau....dah ank suka...aku pun jd suka...
jadi akupun upload la skit gamgo akim tuk tatapan ank aku...

emm tengok akim pakai baju melayu ni...memang nampak kecutetan dier...hahaha..patut la tasnim umairah suka ...baru nk masuk 4 tahun...dh ada artis kegemaran...semoga akim sukses sokmo...

beehon stlye aku

mulanya aku nk buat beehon goreng singapore...tapi bila tengok bahan2 tak brapa nk cukup...jadi aku pun tukar plan...still beehon...tapi beehon stlye aku la...


firstly tumis ler udang,bawang putih,halia,cili kecik yg telah pun ditumbuk


masukkan sayur

masukan cendawan

masukan udang...jengjengjeng...maka jadi la macam ni...

emmmm...yummyyummmy....semestinya sodap....

Thursday, December 10, 2009

jom g jemputan kawin


koleksi gambo last week ...g kenduri kt seksyen 7.adik kawan aku kawin...dapat la jumpa ngn kengkawan yg datang..tapi tak sume yg dijemput datang...masing2 ada urusan sendiri...jadi jumpa la dgn yg mana ada saja...seronok sgt...ada pipa+elly=errine & baby hussin.mega+zul...dan semestinya tuan rumah...kayu+ajip=baby husna.

Sunday, December 6, 2009

diet oh diet...sarapan pagi aper?.....

aku ni hr2 dok pk cam ner nk diet dgn lebih berkesan...aku ni plak dh la jenis hangat hangat taik ayam...first time buat memang excited giler ...pastu tuk second n seterusnya hampeh....bli fit n fold strider pun dh tersadai kt umah aku ni ha....nk sarapan pagi apa ek arini ?orng kata pengambilan sarapan pagi tu penting tuk diet yg seimbang....diet diet gak tapi sarapan pagi memang wajib di jamah....

Jadi, apakah hidangan yang sesuai untuk dijadikan sarapan pagi? Cuba semak tip berikut, selain daripada enak, ia juga menyihatkan dan mudah untuk disediakan. Cubalah!ni aku dapat dr gua.com.my

1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

Saturday, December 5, 2009

aku ada dapat email dari sorang kawan aku ni....die send tentang artikel ais....menarik gak la aku membacanyer...pengetahuan tentang ais....setahu aku ais tu lebih membawa kepada keburukkan...tapi macam ok plak artikel tu...ada kebaikan memakan ais tu rupenyer....aku memang tak bagi ank aku ngunyah ais...tapi tau je la kan bebudak kecik ni...depa tau seronok jer bunyi kunyahan tu...ank aku kalu dapat kunyah ais memang dia seronok...skang kalu g makan kt kedai jer mesti amik air panas...kalu dia nk air buah pun mesti minta yg suam saja...mesti without ais...huhuhuhu...sian ank aku....kekadang malas nk layan dia nk ngunyah ais...kalu dh dapat ais nanti mulala dah tak nak makan nasi...bila lek umah lapaq la si comel lote tu...dah nk kena layang makan kt umah plak...huh...ye la...lagi pun dok pk ais tu kan tak baguih...tapi kome baca la artikel ni...menarik...kepada yg dh tahu tu baca jugak la...kome pun bukan boleh menghapal sume keistimewaan ais ni....ye tak?

Oleh:IsuHangat

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
http://articles.isuhangat.net/2008/09/rahsia-di-dalam-ais
ok...selamat membaca dan jagan lupa amalkannyer....

udang masak lomak cili api bersama nenas...




emm...lagi yummyyummy...menu malam tadi...aku rajin plak nk masak ...dh 4 hari bli bungkus...mlm ni aku masak ler ...simple ajer...masak lomak cili api udang bersama nenas...sodapnyer......kome nk rase ke...sodap tu...huhuhu perasan plak....tapi memang sodap pun ...kome nengok gambo jer la ek...cik tasnim memang suka la...meratah udang jer kojer nyer....peberet dier......kalini plak aku letak daun kunyit lagi la naik baunya....huh..pastu siap tambah susu cait skit...tu yg membuat dia lagi sodap...kalu kome tak caya kome bleh cuba...tapi pada yg pernah masak boh susu cair skit tu memang tau perbezaan kesedapannyer....so..apa lagi...jom makan...

Friday, December 4, 2009


cik tasnim umairah aku ni bleh tahan gak kalu time posing...bukan main lagi dia beraksi bersama mr.potatonyer...gambo ni aku snap tuk aku masuk contest mr.potato aritu...tapi dah tamat dah riwayat contest tu...tak sempat aku nk bercerita pasal ank aku dgn mr.potato..dia demam...jadi tak dak la masa aku tuk berfikir cerita tentang mr.potato...tapi walaupun dh abih aku nk gak letak dlm blog aku...aku punya blog jd akuu punya suke...kuikuikui...sempatla aku snap beberapa aksi cik tasnim memakan snek mr.potato...tanpa segan silu dia posing cannntekk....biasa la budak2 memang suka makan jajan2 cam gini...kalu ank aku dpt makan time dia lapor compem abih satu bungkus...tapi potato ni memang sedap kan...rangup...lazat...segar...tiada kompromi....bak kata2 dalam iklan kt tv tu...bukan main lg misai dier...kuikuikui...ok la...kepada sesapa yg masuk contest mr.potato...ku ucapkan selamat maju jaya.....

sup ketam ala kadar




Yummyyummy....ni nama dia sup ketam ala kadar ...hehe..sup terkejut....kuikuikui...aku sebenaqnya plan nk buat masak lemak cili api tapi bila aku amik anak aku kt nusery haritu sehari b4 raya ...mak oi...bukan main panas badan dia...tokojut gak la aku...demam plak anak aku...so..since aku pun dh bli ketam ,aku pun tukaq plan ler...masak le sup ketam...org tua2 kata kalu demam elok makan sup ketam...betui ke? aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya...aku tk pulak buat researh...hihihi...tapi alhamdulillahla....selera la anak aku makan sup ala kadar aku...ye la sup tak berdaun sup...aku masak main taram jr...nk turun g kedai malas dah...esok tu aku bangun tido alhamdulillah la ank aku dh tak panas dh aku seronok ler...tapi masuk jer tengah hari...mak...aiiii...pannnass bukan main lagi..takut aku...trus bwk g klinik..huhu blek kg pun mcm tak best jer cik tasnim demam...layu jer dia...hanya sesekali jer dia semangat pastu layu lek...sodih tul aku nengoknyer...4 hari gak la dia domam...raya pun mcm tak raya..yo la dok jago ank domam ....
Related Posts with Thumbnails