moneymoneymoney

buah hati ibu

buah hati ibu

Si Comel

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Monday, November 29, 2010

RENUNGAN BERSAMA.......

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
with love

PENTINGNYA MANDI DALAM KEHIDUPAN...

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

with love

Monday, May 31, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN


ha...ha..ha..kepada sesapa yg dah baca cter ni n suke dgn jalan cta dia semestinya tak sabaq nak nengok movie ni kan...seingat aku ,aku baca citer ni 12 thn yg lalu la...kalu ikot umuq aku skang...wpun dedulu aku baca berkali-kali tapi ingatan aku terhadap jln cter memang dh tak ingat langsung....uuiiihhh sungguh tak best...ok gak depa buat filem cang gini...harap2 filem ni meletup macam penjualan novelnyer rrrr....

aku pun cam nk p tengok gak wayangnyer nanti...huhuhu..nak tengok lisa surihani tu...minat gak kat die...mujuq depa amik die jd heroin..memang best la...so..TUNGGU....






with love

Sunday, May 30, 2010

Engangement Anniversary


huhuhu...sorry e-na...walaupun dah lepas tapi aku amik gak sticker ni tuk letak dalam blog aku...sempena pertunangan ena dgn buah hati..huhuhuhu
with love

Saturday, May 29, 2010

HOSPITAL!!!!!!!!!!

tahun ke 3 aku bermalam di spital SALAM Medical Centre .....
4 hari 3 malam tu...
kalu g bercuti pun syokkkkk tuuuuuu
huhuhu...kali ni cik Tasnim ...
bermula dgn demam..
mengalami tompok2 merah
macam bekas kena cubit
pada peha n betis...
kaki n tangan plak membengkak...
symtom tu akan hilang bila
dia berhenti makan seafood
waktu kaki n tangan dia bengkak tu la...
yg membuatkan telingaku turut membengkak...
kuikuikuikui bengkak sebab suaranya yg bingit
tat kala dia menjerit...sakit bu...sakit bah...
sian...anak ibu...
cik tasnim yg lahir di waktu 8 bulan...''taksabo die nak negok dunia''
mudah benor dgn sebarang jangkitan...
waktu demam yg lepas rongga2 darah die
dah terkena jangkitan kuman...
itu le kata dokto...
makanya bemalam le kat spital...
just buat rawatan bg makan ubat antibiotik jer...
huaarrrghhhhhh....memang ler docto...ni
tapi Alhamdulillah...dah sihat dah cik tasnim...

with love

Sunday, May 23, 2010

SHAHIR AF8- YE...YE...AKU MENANG....

yo...hooooo...berakhirnya AF8....tak sia2 air mata shahir disaat dia di umumkan pelajar yg berjaya masuk semula masa afundi AF masuk yg lepas....akhirnya rezeki berpihak pada dia.....TAHNIAH buat Shahir.....



with love

Sunday, March 14, 2010

Akademi Fantasia 8


ho..ho.ho...kensert af8 dah bermula....korunk sume tengok tak malam tadi...fuhhh...bleh tahan...kesimpulan yg aku bleh buat dr malam tadi punya show...memang best.konsert pertama yg aku rasa paling baguih dari konsert2 pertama yg lepas2 tu....tahniah buat norman KRU..pemilihan pelajar yg begitu baguih sekali...ewh2 mula2 aku dh puji lebih2 nampknya...kuikuikui..tapi memang tak dinafi kan pada matapandangan aku yg bukan org seni ni memang layan nengok sume peserta yg memang berbakat.....

ni ha muka2 pelajar af8.sebelum2 ni punya konsert aku tak pernah layan sampai abih...tapi malam tadi memang happening depa punya persembahan....gud luck tuk sume plajar...

paling aku suka malam tadi punya nyanyian...sianum tu...siap bergulin-guling...cuma last part tu macam dah terhuyung hayang dah...huhhuhuhu...
with love

Posted by Picasa

Saturday, March 13, 2010

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST

korunk sume...sesapa yg nk menang hadiah lumayan(lumayan ker...kikikiki)...tak kisah la lumayan atau tak..yg penting mau mencuba...walaupun tarikh tutup dah nk dekat..korunk masuk jer...tak susah pun...just jawab soalan yg diberikan...betui atau salah jawapannya..korunk jawab jer....janji setiap soalan ada jawapanya...sesekali menguji iq kita ni ha..apa salahnya..macam aku ni memang dah berkarat otak ni...dh lama tak menjawab soalan2 yg perlu berpk ni...huhuhuhu..ha...betui ka..aku pun blom nengok g soalan2 yg diajukan....so apa lagi jom pakat reramai...joint the contest..............
with love

jumbo gajah biru


jom layan wayang....saja nk penuhkan permintaan sianakku yg come tu.....cik tasnim bersungguh-sungguh nk nengok citer gajah tu.....so ...bawak jer la...best gak layan....cik tasnim cukup seronok la...mana dia tak seronok...alih suara dalam citer tu suara akim n mila...memang la dia gemor benor....dia memang layan si mila n akim...tapi yg nak tergelaknya citer tu bleh tahan ganasnyer...jadi di separuh jalan cerita dia dah ajak kuar dr wayang tu...hahahah sebab dia takut nk tengok citer2 yg ganas cang gitu...sian anak den tu...uhukuhukuhuk...
kat bawah ni sinopsis citer tu...korang baca le ek...banyak adegan2 ganas dalam citer ni....layan..............................

Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya. Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Luna sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya.

Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang oleh gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo. Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya.
ni ha...si mila n akim...suara dieorunk tu le yg berkumandang dalam citer ni...best ..best...best...jom pakat-pakat layang wayang..


with love

Thursday, March 11, 2010

asparagus masak belacan


arini plak menu asparagus...first time aku masak sayur asparagus...bleh tahan gak sedapnyer...hahahah perasan....puji diri sendiri....asparagus goreng belacan...sedap......tumis bwang putih,belacan,n cili padi...masukkan udang...agak2 dh masak masukkan la asparagus....emmmmmmbau dia pun yummmyyyyummmyyy......
sesaja aku nk cerita menegenai asparagus...baca..jgn tak baca....

Asparagus atau dikenali sebagai asparagus officinalis dan berasal daripada keluarga liliaceae, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit. Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal.

Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut asparajin yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Air kencing akan mengeluarkan bau yang luar biasa yang menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal. Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula. Amalan memakan daging dan minum kopi secara berlebihan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tabiat pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit.

kalu korunk nak tau lebih lanjut lagi mengenai khasiat asparagus ni,cari sendiri la ek....ini jer yg aku jumpa tuk pengetahuan kita bersama.....

bnyak jugak la sayur2 lain yg aku bli...macam bunga kobis,kimcham,ubi dan lain2..buat bagi kt mak mertua aku...nk bagi kat mak aku jauh plak...semestinya tidak ketinggalan buah strawbery.....

with love

Wednesday, March 10, 2010

bubur jagung...lemaknya......



siap bubur jagung aku...jagung yg aku beli dari cameron hingland....masa makan yg siap kat sana sedap bangat...banyak gak aku makan masa kt sana tu....sedap..

jadi aku bli la yg mentah tuk aku masak kat umah...lek ari sabtu tapi ari ahad tak sempat nk masak...sebab kuar g jalan2 KL.pastu lek keje ari Isnin siap la bubur jagung aku...emmmmmmyummyyummyyyummyy...kejap jer masaknyer....masukkan santan bersama-sama jagung n daun pandan...masukkan sedikit gula...kalu nk manis lagi..masukkkan lebih sikit...pastu kacau sampai mendidih..make sure jangan sampai pecah minyak plak.... ... pastu leh makan.....

Di dalam www.todays-women-and-health.com, disenaraikan 4 kebaikan utama jagung ini.

1. Kesihatan Jantung

Jagung memang terkenal dengan kebaikannya yang dapat membantu mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Ianya sangat berguna untuk cardiovascular manusia. Pembinaan “homocysteine” di dalam badan sering kali dikaitkan dengan penyakit jantung. Pembinaan “homocysteine” di dalam darah menjadi penyumbang kepada tersumbatnya saluran darah yang mengalir ke jantung mahupun ke otak. “Homocysteine” boleh terbentuk apabila berlaku abnormalities (kecacatan) serta defisiensi dalam pemprosesan Vitamin B dalam badan. Jagung mengandungi tahap asid folic (sejenis vitamin B) yang tinggi, yang mana ianya mampu memulihkan saluran darah yang tersumbat. Selain dari itu juga Jagung mengandungi niacin (rujuk article berkenaan cendawan dan labu) yang dikatakan mampu menurunkan tahap kolesterol, sekaligus membantu mengurangkan penyakit-penyakit berkaitan dengan jantung. Magnesium pula yang ada dalam jagung membantu melancarkan perjalanan darah, oksigen serta khasiat makanan keseluruh tubuh badan. Selain dari itu juga magnesium dapat mengurangkan keadaan penyakit lain seperti asma, migrain, tekanan darah yang tidak normal serta mengurangkan risiko penyakit “atherosclerosis” (keadaan dimana pembuluh darah menebal dan boleh meyebabkan tersumbat) serta penyakit jantung-kencing manis.

2. Dapat mengurangkan risiko barah paru-paru (lung cancer) - smokers take note !!!!

Satu kajian yang telah dipaparkan di dalam Cancer Epidemiology, Biomarkers And Prevention, yang dijalankan di China mendapati mereka yang banyak memakan makanan seperti jagung, labu, betik, oren dan beberapa jenis buah lagi, mendapati risiko barah paru-paru telah menurun sebanyak 37% bagi mereka yang merokok. Ini adalah kerana jagung (dan buah-buahan yang lain tadi) mengandungi “beta-cryptoxanthin” atau biasa disebut sebagai carotenoid, ianya lebih bersifat provitamin A, yang mana apabila diserap oleh tubuh carotenoid ini ditukar menjadi vitamin A.

3. Penambah Tenaga

Jagung mengandungi “pantothenic acid”. Asid pantothenic ini sangat berguna bagi tubuh badan manusia kerana ianya mampu untuk mengubah karbohidrat yang kompleks menjadi glukosa yang seterusnya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin B5. Ada juga pendapat yang mengatakan pantothenic acid ini mampu merangsang mimpi yang agak vivid (jelas) jika diambil sebelum tidur dan mungkin dapat mengingatinya kembali. Hmmm menarik, Abg Saidi ! Chuppp 3 packet!!! Selain dari itu Pantothenic acid ini digelar sebagai vitamin anti-stress. Ini adalah kerana asid jenis ini berupaya membentuk pelbagai jenis hormon adrenal yang memberikan manusia keupayaan untuk bertindakbalas serta menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan stress/tekanan.

Dalam masa yang sama juga, beta-carotene di dalam jagung juga menambahkan hemoglobin di dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein yang membawa oksigen ke sel-sel dalam badan dan mampu mengurangkan rasa keletihan.

4. Meningkatkan Metabolisma

Jagung sangat kaya dengan manganese, sejenis mineral yang merangsang kelenjar thyroid manusia untuk membina lebih banyak “triiodothyronine”, iaitu sejenis hormon yang meningkatkan kadar metabolisma manusia. Lebih tinggi kadar metabolisma lebih baik proses pembuangan sisa badan manusia, dan ada berpendapat ianya juga dapat membantu bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

saja aku cari khasiat jagung ni,tuk bacaan korunk sume...

with love

Tuesday, March 9, 2010

Cameron Highland part 2


ni cter sambungan hari ke dua....pagi sabtu tu aku bangun awai...sebab ank aku tasnim umairah terjaga awai...dai lapo....malam tu dia tdo awai..jadi bangun pagi dh lapo le...aku siapkan dia makan...pastu trus aku siapkan sarapan pagi....perancangan awal menu sarapan pagi nasi lemak dimasak oleh tangan2 bapak2 tapi malam tu deme kuar meronggeng...mana nk tanak nasi...aku pun dengan senang hati memasak tuk deme sume....tapi aku masak cara aku la...mujur deme mau makan...aku habiskan sume apa yg ada......

siap sarapan kami sume berkemas la nk check out...nak g shopping dulu apa yg patut kat cameron b4 lek kl...merancang bukan main lagi...aku kira2 byk gak la tempat nk singgah...

tapi sungguh malang ari tu...hanya sekadar singgah padar sayur-sayuran saja....sadis sungguh...kete boleh tahan banyak la kat sana...masing2 bercuti kat cameron kot....cuaca pun tak brapa nk mengizin kan...tetiba diarunk ajak lek awal ...nk singgah kara-ok kat ampang park...emmmm folow jer la...otw lek tu aku sempat plak membuang hasil perut ke di tengah jalan...huhuhuhumunkin jalan kat situ membuatkan tekak ku loya...hahahah..

tempat berkumpul mesti la hentian Tapah....lepak kat Shalala cafe...makan punya makn...hujan plak...pastu gerak trus ...yang mana nk g kara-ok,yg mana nk balik...ikot le haluan masing2.

membeli belah di pasar sayur sayuran

babah menjaga anak...ibu g beli belah...

sempat plak makan bersuap...

bergambo kenangan

Elly + Pipa = Eryn n hussin Mudrik

Atan + Katt = Aina n Anuar...sorry gambo nuar tak der...

Ayip + Oggie = Affif

Ajip + Kak Yu = Husna

Syaman + Ayu = Asyraff

Thanks a lot buat event Director kite...en.Elly n Isteri.....kepada sume juga...thanks a lot...............


with love

Monday, March 8, 2010

Strawbery Cameron Highland...yummy..yummy...




iuuiiii sedapnya.....sapa nk makan...hahaha..kalu nk yg fressh bleh la g cari kat Cameron Highland....

kenangan bersama-sama kengkawan pada 26 hingga 27 February 2010 di Cameron Highland.

26 February 2010.
koi 4 pagi dah bangun,sebab baju tak paking lagi.....hahaha...terhegeh-hegeh la berkemas...sib baik hubby bantu....tq B.hahaha...
sempat buat sandwich ...mana nk tau lapo waktu dalam perjalanan...
JAnji ngn kengkawan jumpa kat hentian Tapah Koi 9.oo pagi...jdi koi 7.30pg dh gerak...
Sampai kat hentian Tapah tepat jam koi 9.00pg..so tunggu le kengkawan yg lain...janji dgn lima keluarga....tunggu punya tunggu dkt koi sebelas gak la baru dapat berkumpul dn truskan perjalanan ke Cameron Hingland.
Sampai Cameron kami tinggal kat Penthouse Villa Dahlia kalu tak silap...hehehe aku pun dah tak brapa nk ingat...lepas seminggu baru sempat nk update kat blog....harini pun kebetulan ank demam..huhuhu bleh la cuti...sambil2 jaga ank sempat la berbloging......Mmang best...ada 6 bilik.cukup untuk 6 keluarga.....

sampai jer trus rehat dlu...masing2 kepenantan....pastu bapak2 g cari makan tengah hari...tapi petang tu tak leh lagi nk kuar g jalan2 sebab hari ujan....tak brani nk kuar takut ada yg demam nanti...so tunggu jer la kt dalam umah...sementara tunggu satu keluarga lagi tak sampai2...g asing sebab diaorunk ada hal...koi 6.30 ptg baru dapat kuar dr umah tu...hujan dah surut...nk g cari barang nk masak tuk malam kang.
menu simple jer...ayam barbekiu,sup sayur,ikan masin,sambal kicap....


sempat bergambo sambil2 mencari bahan yg nak dimasak.

sayur segar dari Cameron highland

malam tu kami makan makanan yg kami masak bersama-sama....best sangat....selesai makan...lepak2 sambil borak2...dah malam biasala...kalu kat cameron tu..terasa teramat sejuk....


anak2 come.....

byknya pipa membeli....lapo ker...

ni nk makan ka...nk berposing....






with love

Sunday, March 7, 2010

Kara ok tara ok


Ini citer 2 minggu lepas...2 kenduri kahwin aku g...dapat la lunch free ari tu huhuhuhu...satu kat villa ukwah,satu lagi kat ...alamak tak ingat plak...soryy pada sang pengantin... Dua-dua pengantin ari tu kawan aku masa blajar kat Institut Profesional Baitulamal(IPB)...berseri seri sang pengantin...biasa la pengantin mesti la berseri kAN...baru la org tengok seronok...

selesai 2 kenduri tu,kengkawan ajak lepak kat karaoke kat Ampang Park.masing2 bwk ank dalam karaoke tu...hubby aku pun sebok gak nk nyanyi...lawak tul dgr suara dia...huhuhuhu sori ye B...kahkahkah....



ajip ngn Kak Yu dr Pahang pun turut serta...memang meriah tul kat dalam karoke tu....



kecik plak gambo ni....sapa lah yg snap...huhuhuhu jangan marah rrrrrr.


2 jam duduk lepak dalam karoke tu...aku yg tak nyanyi pun kering tekak ni ha...apatah lagi deme yg menyumbang kan suara kat dalam karoke tu...kuikuikui....sekali skala layan karoke...best gak...tapi kalu slalu bleh muntah aku ni....huhuhuhu

semua pakat2 lapar n dahaga....time mengisi perut lak....sambil2 tu bincang2 nk g Cameron Hingland.....


with love

Saturday, March 6, 2010

Elly Mazlien



Arini lepak kat umah jer...ank tak sihat......pagi tadi kali ketiga bawak dia g klinik......demam dr ari Khamis....tak kebah2 lagi...sian gak tengok dia...semalam pun terpaksa aku EL...huhuhuhu lepak2 kat umah...sambil jaga anak bleh gak layang blog.....huhuhuhu....

petang2 Sabtu ni layan citer tv satu best gak ...lakonan Elly Mazlin....dulu aku memang tak brapa gemar kat dia...tapi sejak2 dia berlakon ni...makin suka plak aku nengok dia...

cter kat astro biasa la dok main cter berulang jer...naik boring gak kalu nengook cter yg sama....
berbalik drama yg aku tengok ni ...tajuk ada rahsia dalam cinta...fuhhh tajuk bukan main lagi..heroin dia semestinya Elly Mazlein....best gak layan ......
baru2 ni plak cerita panas mengatakan Elly Mazlien penyebab keruntuhan rumahtangga org lain...huh gerun gak dengar...tapi pada aku apa yg jadi,jangan sesekali menunding jari meletakkan kesalahan pada org lain....sememangnya manusia tidak ada yg perfect...kalu salah sekang bukan selamanya akan buat salah...yg pastinya ada keinsafan....dan make sure kesalahan itu tidak berulang....
sian aku nengok Elly Mazlien menjawab soalan2 dr wartawan...tapi apa pun gud luck for Elly Mazlien..

INFO: Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi

Nama Komersial: Elly Mazlein
Tarikh Lahir: 17 Disember 1980
Asal: Behrang, Perak
Keluarga: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, pengacara



with love

Related Posts with Thumbnails