moneymoneymoney

buah hati ibu

buah hati ibu

Si Comel

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Wednesday, January 20, 2010

SMOOCH 2010 - GIVEAWAY


aku nk cuba nasib....ni last day ni....harap2 ada rezeki kot...huhuhu
jom joint reramai contest ni...senang jer...buat n3 tuk soalan2 kat bawah ni...


Kenapa memilih SMOOCH?

kesemua koleksi terkini boleh didapati di smooch.Dengan harga yang berpatutan sememangnya sesiapa yang datang kesini akan berulang kali kesini untuk memiliki koleksi2 yang menarik .
qualiti yang ada pada setiap koleksi juga membuatkan ramai yang tertarik untuk membelinya.Hanya dihujung jari...tidak perlu berhujan berpanas....dengan pemilihan di sini maka milikilah seseorang tu koleksi terkini dari SMOOCH.


Apa yang menarik tentang SMOOCH?
S-serba serbi koleksi up to date buat si pemakai

M-Membuatkan sipemakai penuh dengan gaya keanggunan

O- owner memberi kualiti pada setiap koleksi dan harga yang berpatutan buat sipemakai.

O- Opppssss mengampu ke aku ni?...huhuhu..tak lah...sememangnya gaya empunya blog ni memakai setiap koleksi pun membuatkan orang tertarik untuk memiliki koleksi2 disini....

C- Cantik,Anggun,Bergaya,cun,comei,(dan perkataan yang setaraf dengannya) buat sipemakai

H- Hijjab yang sesuai untuk semua golongan sipemakai....

Jika anda pernah Shopping dgn SMOOCH berikan pendapat anda
tentang service & Koleksi
SMOOCH?
oppsss....blom lagi rrr...baru jumpe blog ni...jadi masih blom berkesempatan memiliki koleksi disini...tapi saya pasti servisnya dan koleksinya tiptop...sebab ada yg beli berkali-kali....
serta cadangan anda?
perlu tingkatkan lagi pengiklanan mengenai blog ni...harga dan koleksi yang disediakan cukup berpatutan...so...cayyokkkcayyyokkk....
with love

Friday, January 15, 2010

Spread The Love Contest

jom joint contest ni.......

Senang bangat ...korang baca jer bende yang aku copy paste ni...kompem hanya dihujung jari anda untuk joint contest ni....

Term & Condition:

1) Peserta haruslah mempunyai blog
2) copy banner di atas dan letakkan di side bar blog anda...dan link kan kepada... http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html
3) jadi follower blog saya.
4) jadi follower blogshop saya. http://spreaddlove.blogspot.com (bermakna..anda perlu menjadi follower..2 buah blog..hehe)
5) buat entry bertajuk Spread The Love Contest
6) dalam entry anda..haruslah ada banner di atas..linkkan pada.. http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html
7) sila tunjukkan 1 gambar anda yg menunjukkan kasih sayang..tk kire la gmbar couple.,suami isteri,kawan2,anak n ibu..anak n ayah..adik beradik..asalkan menunjukkan kasih sayang.(ingat..1 gambar sahaja!)

so...aku letak gambor aku ngn kawan aku .....moga gambo ni terpilih tuk memenangi hadiah yang ditawarkan.....huhuhu



with love


TUDUNG GIVEAWAY CONTEST


Arini aku bangun awal skit dari biasa...aku dok syok2 layan blog2 kengkawan lain ....maka aku terjumpa blog ni....Actualy ari last date contest..cuma tak der koi brape jer last joint.makanya blom masuk 16 aribulan lagi.....jadi aku pun teringin nak joint rrr..mana nak tau rezeki org terakhir....jom joint....kalu korang sempat rrrr...



"Sebenarnya dh lama nak buat contest ni,tapi masa tak mengizinkan.bila tengok kawan2 buat contest rasa seronok pulak.so kawan2 sekalian marilah join contest "Tudung Giveaway Contest".nk buat model bertudung dh ramai sgt buat contest tu. Jadi kita buat lain,sila lampirkan gambar "Saat Percutian Indah Anda"

Empunya blog cuma menginginkan mana2 gambo percutian kiter...makanya....kalu cantik ker tak cantik ker dimata korang...tapi kalu cantik dimata empunya blog makanya....rezekila org yang tepilih tu......makanya...aku mempertaruhkan gambar ini....
*
*
*
*
*



*

*

*

Gambor ni disnap pada tahun 2009 didalam Cable Car Langkawi.Aksi aku masa salah sorang kawan aku nak termuntah semasa turun dari Cable Car tu....Aksi aku gelakkan die...dan cuba nk kuar dari Cable Car tersebut....kuangkuangkuang....ok...korang sempat nak joint? klik sini kalu nak tau syarat2 penyertaan.

with love

Monday, January 11, 2010

Keberkatan surah al-ikhlas

Just nak share plak dengan mengamalkan surah Al-ikhlas ni...munkin ada diantara kita lupa tentang keberkatan membaca ayat2 suci Al-Quran...Ni antara surah yg patut kita amalkan dalam hidup kite seharian........

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, L amy alid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
…Wallahu a'lam


with love

Anda seorang pemarah?...........


Meh kite sesame baca artikel yang aku post ni…memang menarik bagi aku…Kita sesame manusia ni sememangnya ada cacat celanya…Jadi kite sendiri kena ubah diri kite…so..sesama manusia apa salahnya ingat mengingati…jom layan…..

KENALI MARAH DAN NAFSU
PW 1 Zakaria bin Md Shah

Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.
Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".

Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)
Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.

with love

Sunday, January 10, 2010

Nuffnang Friso Gold Family Day Out Experience


Kizsport & Gym begitu meriah sekali dengan kehadiran lebih 80 bloggers yang menyertai contest "curious kids need to be tough inside" yang dianjurkan oleh Nuffnang dan Friso Gold.Aku salah seorang blogger yang joint contest ni dan dijemput untuk memeriahkan event tersebut.Dengan jemputan dari Nuffnang membuatkan aku bersemangat untuk turut serta,mana nak tau mungkin aku salah seorang peserta yang bernasib baik(huhuhu).Biasalakan masuk mana-mana contest pun mesti mengharapkan kemenangan..tapi menang kalah adat pertandingan...yang penting berani mencuba.que please.. daftar dulu...

Event start pukul 10 pagi,jadi kena la awal skit sampai dari masa event bermula.Masa aku sampai pun dah ramai bloggers yang menunggu di depan kaunter pendaftaran.selesai jer daftar anak aku Tasnim Umairah dan kanak2 lain pun turut meluru masuk untuk bermain mainan yang ada di dalam kizsport & gym tersebut.
gembiranya....
khas untuk kanak2 bawah 3 tahun...

First time masuk dalam Kizsport & Gym wow...memang meriah...anak aku dan kanak2 lain,masing-masing berlari-lari kegembiraan.Pelbagai jenis mainan yang ada untuk semua kanak-kanak mengikut peringkat umur.Tetapi ada juga kanak-kanak yang bermain ditempat yang tidak sepatutnya.seperti anak aku yang masih dibawah lingkungan umur 3tahun,tapi sibuk dengan permainan gelongsor yang pada aku cukup tinggi.alhamdulillah..peralatan yang digunakan disana sememangnya penuh dengan ciri2 keselamatan.Lagipun disana terdapat kakitangan yang menjaga keselamatan kanak2 yang sedang bermain.Jadi ibu dan ayah tidak perlu risau dengan keselamatan anak2 masing2.


Selain bermain dengan mainan yg ada disana pihak penganjur juga turut menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua yang hadir.Aktiviti yang disediakan untuk kanak2 adalah mengikut peringkat umur.Jadi semua kanak2 yang hadir dapatlah bergembira bersama.

pihak penganjur juga turut menyediakan taklimat mengenai friso gold untuk ibu bapa yang hadir.banyak maklumat berguna disampaikan oleh kakitangan friso gold.Hubby aku mendengar talks tersebut dari mula hingga selesai ....syabas untuk hubby aku...dapat pillow sebab berjaya menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak friso.

antara menu yang disediakan....emmm yummyyumyy..
seleranya.....

Magic show time tuk semua ...wow...memang seronok buat kanak2 yang hadir....
Congrats to Littlemama

selesai persembahan magic pihak penganjur mengumumkan 10 nama2 pemenang yang berjaya mendapat voucher hasil dari nukilan mengenai "courius kids need to be though inside "Aku pun ternanti-nanti nama aku tersenarai...huhuhu tapi yang nyata tiada....grand prize untuk contest ni dimenangi oleh Littlemama.wow...best giler dapat g Hongkong tu...
walaupun aku tak menang apa2,tapi dapat joint event yang meriah macam tu dah cukup gembira bagi aku..terutamanya kegembiraan buat anak aku.Tak lupa juga buat blogger2 yang lain.Best sangat dapat jumpa face to face dengan blogger2 yang lain.Walaupun aku ni blogger baru tapi semua yang hadir tak kira yang lama atau baru semuanya frendly belaka...sebelum balik semua yang hadir dapat goody bag dari pihak penganjur...itu yang mahai tu.... Thanks a lot buat Nuffnang N Friso Gold(Duth Lady)

with love

Saturday, January 9, 2010

Color Me Corby

Nak joint samsung corby carnival day?jom story the mory skit about your favourite corby color...aku memang suka warna pink (merah jambu)...jadi aku pilih pink untuk
corby aku...

Merah Jambu adalah warna kasih sayang dan warna kesucian. Kelas gitu...macam aku memberi kasih sayang yang tak terhingga buat buah hati ku Tasnim Umairah dan hubbyku yang tercinta.Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Offcourse kene ceria sokmo...baru ramai kengkawan ....yang penting jangan jadi kawan yang suka merosakkan hubungan sesama kawan...Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyian, kasih sayang dan kecantikan. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih sayang dan juga seorang yang berwawasan. pergh...jangan jelouse...

with love

Related Posts with Thumbnails